Pengalaman Masam Manis Jadi Agen Takaful

By | March 20, 2017
Saya ada pengalaman masam manis sebagai agen takaful & unit trust selama 5 tahun.
Dalam banyak-banyak pengalaman selama 5 tahun tu, ada 2 peristiwa yang betul-betul terpahat dalam ingatan saya hingga ke hari ini.

Pengalaman Masam Manis Jadi Agen Takaful 

Peristiwa 1
Kami agen takaful diajar untuk call prospek & dapatkan appointment. Personally, saya agak kurang suka dengan cara ini…
Sebab ada skrip tu yang kadangkala “kurang jujur” (pada saya). Perkara ni rasanya bergantung pada agensi takaful yang kita join, tak semua agensi ajar agen untuk “menipu”.
Sesiapa yang kenal saya, memang tau saya jenis berterus terang & cakap takde kona sana sini. Mak saya kata saya ni lurus bendul sikit. Memang saya tak suka menipu & paling tak suka bila ditipu. Sape yang suka kena tipu kan?
Do unto others what you want to be done unto you 🙂
Ada 1 appointment dengan orang yang tak saya kenali, seorang wanita. Kami berjanji jumpa di hartamas. Saya tak pernah ke sana sebelum tu. Pujuk encik suami… Oklah kami pergi ke sana. Angkut sekali adik ipar saya yang kebetulan datang ke rumah masa tu.
Sampai ke sana…
Prospek cakap tunggu kejap, dia ada kerja lom settle. Saya kata ok, kami tunggu… Dah sampai pon takkan nak balik pulakkan?
Ada beberapa kali lagi penangguhan lepas tu. Sampai lepas 2-3jam saya menunggu, dapat sms dari prospek:
“Maaflah i tak jadi nak jumpa u. My fiancee kata bla bla bla bla. So i tak nak jumpa u coz memang i dah tak minat nak ambil polisi tu after i talk to him.”

Menjadi Agen Takaful Dengan Cara Diri Saya Sendiri

Gambar yang suami upload di FB dengan caption “hari yang meletihkan” –  memang sangat letih… Exhausted penantian yang sia-sia tanpa bertemu langsung dengan tuan badan yang berjanji nak jumpa.
Ya Allah… Tak tau nak kata apa masa tu. Lepas buat kami menunggu 2-3 jam baru cakap tak nak jumpa.
Saya sendiri menunggu takpe tak jadi masalah pada saya. Tapi saya paling TERKILAN sebab melibatkan suami & adik ipar saya sama.
Masa tu saya baru bermula, bonus takaful saya pon tak banyak mana. Takde hasil nak korek untuk “pujuk” balik suami yang dah kepenatan, buang masa etc2… Suami tak marah, bukan salah saya pon kan… Tapi saya sendiri rasa bersalah sebab dah menyusahkan ramai orang disebabkan “kerja” saya.
Saya pernah join roadshow takaful sambil dukung anak saya (masa tu baru ada Haziq sorang). Takde 1 pon close masa tu sebab “tak profesional” jumpa prospek bawak baby.
Tapi saya rasa takpe, sebab hanya melibatkan diri saya seorang. Saya je yang penat, baby tak tau apa-apa ikut je saya ke mana-mana. Tak libatkan suami, tak libatkan adik ipar, takde menyusahkan orang lain. Diri sendiri susah takpe, sebab yang nak berjaya pon diri sendiri.
Tapi peristiwa di hartamas tu…. Sungguh saya terkilan. Kalau pon nak cancel, jumpalah saya bagitau. Bukan hanya dengan sms. Saya dah sampai, prospek ada di bangunan yang sama (dia kerja di situ).
Saya dah tunggu 2-3 jam. Saya sesat mencari hartamas tu, datang jauh dari bangi. (Masa tu kami menyewa rumah di bangi sementara menunggu rumah kami beli siap sepenuhnya.)

Pengalaman Masam Manis Jadi Agen Takaful

Mata ini yang membuatkan saya rasa damai di hati walaupun sebenarnya badai melanda 🙂
Itulah salah satu sebab saya betul2 jatuh cinta dengan shaklee. Bukannya takde cabaran, buat apa-apa pun PASTI ADA CABARAN yang tersendiri.
Tapi saya tak perlu mengheret orang lain sama ke dalam cabaran itu. Saya ada PILIHAN cara mana saya suka, saya selesa untuk bekerja.
Saya TAK PERLU cukupkan credit hour, minima kes etc2. Shaklee sangat FLEXIBLE. Pilihlah cara mana yang kita mahu, asalkan matlamat kita sendiri tercapai.

SAYA BOLEH JADI AGEN TAKAFUL DENGAN CARA SAYA SENDIRI

Kerana itu adalah faktor yang sangat penting (pada saya) dalam mencapai apa-apa sekalipun dalam hidup ni.
Alhamdulillah…
Allah gerakkan hati saya untuk “mendalami” bisnes shaklee. Kaji produknya, kaji marketing plannya. Alhamdulillah saya sangat berpuas hati. HALAL dan PATUH SYARIAH.
Inilah bisnes yang mengajar saya untuk berzakat SETIAP BULAN. Bersedekah SETIAP HARI. Tak pernah mana2 bisnes atau mana2 kerja ajar saya semua ni dulu.
Peristiwa 2 nanti saya cerita lain kalilah. Ni pon dah panjang sangat kan… Hihihi 😉
Mungkin anda berminat membaca entry yang saya tulis lebih 2 tahun dahulu. Ada kaitan dengan entry ini juga 🙂

Ingin mencari suplemen yang sesuai buat diri anda & keluarga? Atau mahu menjana income 2,3,4,5,6 angka dari rumah (atau dari mana2 jua)?

 

Hubungi saya:
Puan Anisah Hussin (WAHM)
mobile: +60126635900
anisah.hussin@yahoo.com

2 thoughts on “Pengalaman Masam Manis Jadi Agen Takaful

  1. sensasi2020

    Cabarannya banyak, karenah manusia tidak sama. Peristiwa puan untuk pertemuan, customer tidak hadir pasti perit.

    Apapun urusan kerja terpaksa dilakukan demi mencari rezeki.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *