Ilmu Pelita Hidup

By | March 19, 2017

Malam tadi macam biasa saya scroll secret support group bisnes sebelum log out fb. Rutin saya selalunya macam tu, mencari ilmu di tempat & kemudahan yang disediakan untuk saya hadam setiap hari. Namun, apa yang dibaca benar2 menyentap naluri keibuan saya:

“salam semua
saya nak buat kutipan sumbangan kos rawatan untuk sahabat baik saya yang mengalami kecacatan kekal akibat kerosakan otot faraj dan dubur ketika bersalin anak pertamanya di hospital selayang pada nov’14.
dia bersalin melalui kaedah forcep dan mengalami 4th degree tear menyebabkan kerosakan otot dubur dan faraj sehingga menyebabkan pembuangan najis tanpa kawalan dan terpaksa menebuk usus (stoma) untuk membuang najis melalui stoma bag.
setelah melalui rawatan berulang ,doctor mengesahkan otot tidak dapat berfungsi. lebih malangnya hospital selayang hanya menyuruh dia menunggu sehingga pulih sendiri dan barulah dia boleh masukkan kembali stoma tu.
melihat keadaan dia yg trauma dan kesedihan berbulan2. saya cuba membantu mencari alternatif lain.
kami telah ke gleneagles untuk mendapatkan nasihat pakar. doktor pakar mengesahkan otot faraj dan dubur tidak bercantum lagi dan tidak akan pulih sendiri kecuali surgery untuk di cantumkan semula.
kos rawatan di sana agak mahal dan tidak dapat di tanggung oleh dia dan keluarga. dia perlu menjalani pembedahan untuk membaiki otot kembali bernilai 16k dan kembali selepas 2 bulan untuk memasukkan kembali stoma (usus yg di tebuk tu) bernilai 14k.
saya bagi pihak dia cuba berusaha membantu mengumpul sumbangan supaya dia boleh pulih seperti sediakala dan menjalani kehidupan seperti orang lain.”


Allahu… Betapa peritnya dugaan sahabat ini… Terasa ngilu sendiri, air mata bergenang membayangkan jika saya berada di tempatnya. Terkenang pengalaman saya melahirkan anak sulung dulu… Tidak separah ini, namun sangat seksa juga masa tu… Saya sakit lebih kurang 20 jam sebelum bersalin. Baby dilahirkan mendongak & terbelit tali pusat di leher. Akhirnya saya bersalin dengan kaedah vacuum & mengalami koyakan yang sangat banyak hingga hampir ke dubur.

Senaman ini membantu meningkatkan peredaran darah di sekitar kawasan dubur dan menguatkan otot-otot dalam faraj dan perineum (bahagian di antara faraj dan dubur)

Selama 3 minggu lamanya saya tidak boleh duduk langsung disebabkan terlampau sakit. Hampir2 saya berputus asa untuk menyusukan anak saya, dengan keadaan susu yang sedikit & kesulitan bergerak walaupun hanya untuk duduk. Menyusu dalam keadaan berbaring, 3 jam Haziq bergantung di dada kanan. Dia tidur sekejap 15-30minit, kemudian bergantung pula di dada kiri. Mak saya dah pon siapkan botol susu formula dek kerana kasihankan saya yang keletihan & Haziq yang asyik menangis…

Jujurnya… Saya sendiri masa tu dah hampir give up. Tapi saya gagahkan jua disebabkan terkenang perbualan dengan suami ketika saya belum melahirkan Haziq;

“Kalau boleh Abang tak mau anak kita minum susu lembu… Biarlah dia menyusu dari Ibu yang melahirkan dia.”

Saya berpantang di kampung di rumah mak. Suami pulang pada hujung minggu sahaja. Kalau saya tak terkenang kata2 itu. rasanya saya dah pon berikan anak kami susu formula. Nasib baik juga saya ingat amanat suami walaupun ketika itu kami cuma berbual santai. Alhamdulillah saya berjaya menyusukan Haziq sehingga umurnya 3 tahun, tanpa bantuan susu formula ๐Ÿ™‚

[Bacaan lanjut; konsep penyusuan ketika dalam pantang & tips menjayakan penyusuan susu ibu]

Point yang saya nak kongsikan di sini ialah…..

CARILAH ILMU
CARILAH ILMU
CARILAH ILMU

Haziq a few hours old ๐Ÿ™‚

Saya percaya, perkara & risiko sebegini boleh dikurangkan jika para Ibu lebih proaktif menambah ilmu pengetahuan. Saya juga begitu dulu, semua perkara saya tak tahu. Saya fikir tak apa sebab ada doktor yang membantu proses kelahiran. (Saya bersalin di hospital pakar).

Benar. Ada doktor membantu. Tetapi kita yang hendak melahirkan sepatutnya lebih bersedia dengan ilmu yang di hujung jari sahaja semuanya sekarang ini. Waktu saya bersalin anak pertama pada awal tahun 2008, saya tidak pernah melayari internet (kecuali ketika masih belum berkahwin di tempat kerja & ketika masih belajar). Facebook belum ada pada ketika itu. Kehidupan saya semata2 duduk di rumah menguruskan hal ehwal rumahtangga. Telefon sekadar boleh sms & call suami/mak/ayah sahaja…

Ada saya membaca buku, tapi tidak banyak ilmu  yang spesifik tentang proses kelahiran. Kebanyakannya menekankan amalan2 yang elok dibuat sepanjang tempoh kehamilan.

Tapi kini, keadaan sudah jauh berbeza. Segala maklumat hanya di hujung jari. Cuma kita perlu bijak menapis maklumat yang mahu kita cari. Lebihkan mencari bahan yang membina jiwa, bukan merosakkannya ๐Ÿ™‚

Saya pernah serba tak tahu, jadi saya sangat2 faham perasaan bingung bila berdepan dengan situasi yang sangat baru & tidak kita jangka sama sekali. Sebolehnya saya tak mahu ada lagi rakan2 yang menerima nasib seperti sahabat kita… Sebolehnya sama2 kita cuba elakkan kesengsaraan sebegitu rupa…

Kepala Haziq dah okay tak nampak kesan lonjong dek vacuum ๐Ÿ™‚

Bukan mahu menolak takdir… Jauh sama sekali… Cuma berusaha supaya golongan wanita khususnya para isteri & ibu seperti saya lebih “luas pemandangannya”… Saya sendiri masih mencari ilmu. Takkan habis mencari ilmu hingga hujung nyawa, insyaAllah…

Layari laman web gentle birth Malaysia jika ingin menambah lebih ilmu tentang gentle birth. For many it will mean a natural birth, but even a c-section can be a gentle birth ๐Ÿ™‚

Jika anda rasa entri ini bagus, dan memberi inspirasi kepada orang lain. Mohon anda tekan LIKE Button Di Bawah

Ingin mencari suplemen yang sesuai buat diri anda & keluarga? Atau mahu menjana income 2,3,4,5,6 angka dari rumah (atau dari mana2 jua)?

Hubungi saya:
Puan Anisah Hussin (WAHM)
mobile: +60126635900

anisah.hussin@yahoo.com

One thought on “Ilmu Pelita Hidup

  1. sensasi2020

    Syurga di bawah tapak kaki ibu. Begitu perit semasa melahirkan. Begitu juga ketika hamil dan semada berpantang.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *