I am a mother of 3. YEAYYY!!

By | March 19, 2017

Assalamualaikum…

Terpanggil nak bagi salam dulu kat blog nih. Sebabnya….
.
.
.
DAH SETAHUN TAK UPDATE BLOG!!!

Allahuakbar… Macam2 hal berlaku dalam setahun ni. Last time blog updated on Feb 2014. Mac 2014 saya hamil anak ketiga. Alhamdulillah selamat melahirkan puteri pertama saya pada Dec 2014 (pengalaman yang bercampur baur kelahiran baby ketiga ni). Baru je habis tempoh berpantang 🙂

Nur Auny Husna 🙂

Pelbagai pengalaman saya lalui sepanjang tempoh kehamilan kali ni. Paling best menunaikan umrah bersama2 suami, anak2 & mertua pada bulan Mei 2014. Ibu bapa saya tak ikut sama sebab anak saudara saya yang sulung kebetulan bertunang pada tarikh kami di sana. Masa tu kandungan baru je berusia 2 bulan. Kalau nak tau… Salah satu faktor terbesar saya bersungguh2 dalam bisnes shaklee, itulah dia: SAYA TERSANGAT INGIN MENJEJAKKAN KAKI KE TANAH SUCI.

Mendaki puncak Jabal Nur

Asalnya saya plan nak pergi umrah free tajaan shaklee, tapi disebabkan sponsored trip shaklee tidak boleh membawa kanak2 kecil berusia kurang dari 4 tahun maka saya pilih untuk pergi sendiri. 100% menggunakan bonus shaklee untuk kami anak beranak. Dengan izin Allah impian saya tercapai, dengan shaklee sebagai asbab. Umrah trip itu juga merupakan hadiah hari lahir dari saya buat suami saya tercinta. Tanpa saya rancang, kebetulan tarikh kami di sana bersamaan dengan tarikh lahir suami. Tarikh lahir Masihi, suami berqiam & melelapkan mata di makam Rasulullah saw. Tarikh lahir Hijrah pula, kami sama2 mencium Hajar Aswad. Kedua2 peristiwa ini tidak kami rancang, cuma kami perasan tarikh itu selepas ia berlaku. Perancangan Allah tu terbaik kan? 🙂

Bulan Jun, National Conference Shaklee. Alhamdulillah saya merangkul 7 awards kali ni. Tahun lepas saya cuma layak 1 award sahaja. Start small, end big concept right? 😉

Naik atas stage sekeluarga. This is family business. A Legacy.
Awards hari pertama. Hari kedua tak ingat dah nak snap. Ingat nak enjoy dengan anak2 je 🙂
Sempat bergambar dengan Mr. Roger Barnett & Mr. Bradson

Usai majlis award, kami sekeluarga berlibur di Sunway Lagoon selama 3 hari 2 malam. Semuanya percuma, dari penginapan hinggalah makanan & fees. Jujurnya, kami sekeluarga memang tak pernah bercuti begini, Biasanya waktu cuti kami balik kampung jenguk mak ayah. Kepuasan melihat wajah ibu bapa itu yang kami cari, selagi berkesempatan insyaAllah…

Anak2 memang sangat2 enjoy!! Dah balik rumah pon mulut Haziq & Hadif masih tak henti2 sebut Sunway Lagoon. Biasalah budak2… First time 🙂 🙂 🙂

Bulan Ogos, saya menjejakkan kaki ke Shaklee Headquarters di Pleasanton buat kali kedua. Kali pertama pada Nov 2012 saya baru je jadi ahli. Baru berjinak2 buat bisnes dan hanya melihat dari luar sahaja.  Saya ke US selama 3 bulan menemani suami bekerja bersama anak2 kami. Tak saya sangka, yang saya akan kembali ke sini sebagai salah seorang tetamu VIP. Dibentangkan carpet merah, disambut meriah. Dan dapat free tour dalam facility Shaklee HQ yang sangat unik & environmental friendly.

Alhamdulillah hadir ke Global Conference as one of achievers, 4 awards category 🙂
Khusyuk mendengar taklimat sebelum tour sampai tak sedar orang candid 😀

Ingat tagline Shaklee? Always SAFE. Always WORK. Always GREEN?

Rupanya tagline ini bukan saja merangkumi rangkaian produk shaklee, malahan bangunan HQ Shaklee di Pleasanton ini sendiri. MIND BLOWING (pada sayalah masa tu hihihi). Insya Allah ada kesempatan saya akan kongsikan secara terperinci 🙂

Dan Global Conference Shaklee tidak lengkap tanpa sesi yang paling best: SHOPPING hahaha… Saya ni bukanlah kaki shopping sebenarnya, saya jenis yang sangat berjimat cermat. Tapi di US saya shopping sakan jugaklah heheheh

Sebelum tangan penuh dengan barang 😀

Lawatan ke Disneyland, Universal Studios & Golden Gate Bridge San Francisco pon memang best lah kan… Saya memang pernah beberapa kali ke San Francisco. Tapi tak sama pergi sendiri dengan pergi fully sponsored 6 star trip with shaklee. SUPERB!! Tak perlu risau apa2. Bawak badan aje. Syukur alhamdulillah 🙂

Best kalau bawak anak2 ke Disneyland nih
Dapat naik semua rides kat sini sebab mat2 salleh tu tak perasan saya preggy heheheh 😀

Rakan2 seperjuangan bergambar kenangan di Golden Gate Bridge San Francisco

Banyak lagi yang berlaku dalam masa setahun ni, tapi cukuplah dulu. Ada masa, ada idea, ada kelapangan & keizinan dari Allah swt insyaAllah saya akan kongsikan lagi pengalaman2 saya. Manalah tahu, ada jiwa2 yang terinspirasi dengan tulisan saya kan? Dapat pahala free gituu 🙂

Sekian ceritera seorang anak kampung yang dulunya miskin kini berjaya menjejak mimpi. Jangan takut untuk bermimpi, kerana mimpi itu percuma. Assalamualaikum 🙂

Jika anda rasa entri ini bagus, dan memberi inspirasi kepada orang lain. Mohon anda tekan LIKE Button Di Bawah

Ingin mencari suplemen yang sesuai buat diri anda & keluarga? Atau mahu menjana income 4,5,6 angka dari rumah (atau dari mana2 jua)?

Hubungi saya:
Puan Anisah Hussin (WAHM)
mobile: +60126635900

anisah.hussin@yahoo.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *