Catitan Buat Diriku

By | March 19, 2017

Saya terima nota motivasi yang sangat bermakna ini melalui group whatsapps beberapa bulan lepas. Sangat terkesan dengan pengisiannya, saya cuba risik siapa penulis tapi tidak berjaya. Di akhir nota, penulis mengingatkan para pembaca untuk menyampaikan nota ini pada semua sambil2 mempraktikkannya dalam kehidupan. Itulah yang saya lakukan,
tanpa buang masa saya forward nota yang sangat terkesan di hati ini pada semua group whatsapp & kenalan saya. Malahan ada rakan group whatsapp yang menulis nota ini sebagai fb status mereka dan mendapat like & share yang banyak. Subhanallah, semoga Allah merahmati penulis asal nota motivasi ini. Tak terkira banyaknya jiwa yang berjaya beliau sentuh… Terima kasih

Setelah mengamalkannya selama beberapa hari, saya rasakan diri sangat2 tenang… Sungguh benar ilmu yang diamalkan sangat bermanfaat buat kita. Namun, setelah beberapa bulan berlalu, saya kembali leka & alpa. Ilmu sudah ada, cuma amalannya tidak konsisten. Lama kelamaan, ilmu itu dilupakan. Begitulah fitrah manusia – MUDAH LUPA. Saya cari semula nota motivasi ini (terlalu banyak nota dalam smartphone saya, apa2 yang bermanfaat memang saya save hihihi) dan saya hayati intipatinya untuk kesekian kali. Terdetik di hati untuk membuat entry khas, memandangkan blog adalah lebih mudah untuk saya cari nota ini semula bila2 saat saya memerlukannya. InsyaAllah bermanfaat buat pembaca blog saya juga. Saya labelkan di bawah ‘tazkirah’ & ‘motivasi’ untuk carian yang mudah di masa hadapan.  Semoga menjadi salah satu amal jariah walau setelah saya meninggalkan dunia yang fana ini…. Sesungguhnya mati itu sangat dekat….

Ya Allah…
I want to die with my forehead on the ground
Allah in my mind
Sunnah in my heart
Quran on my tongue
Tears on my eyes
Ameen Ya Rabb…

#Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan & Personaliti Diri..

1. Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya
2. Jangan ada perasaan negatif pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini
3. Jangan berlebihan, tetapkan had
4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius
5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’
6. Bermimpilah ketika anda berjaga
7. Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan
8. Lupakan kisah yang lama. Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang
9. Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan membenci sesiapa
10. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini
11. Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri
12. Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda akan ingat sepanjang hayat
13. Lebihkan senyum dan ketawa
14. Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk bersetuju

#Komuniti
15. Kerap menelefon ahli keluarga
16. Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain
17. Maafkan semua orang untuk segala galanya
18. Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun ke atas dan bawah 6 tahun
19. Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari
20. Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda
21. Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung dengan mereka

#Kehidupan
22. Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan
23. Allah akan mengubati segala galanya
24. Buat perkara yang betul
25. Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah
26. Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia
27. Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba
28. Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan
29. Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah
30. Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi, gembiralah

* Jika anda rasa entri ini dapat memberi manfaat kepada orang lain. Mohon anda tekan LIKE button di bawah ini.

Ingin mencari suplemen yang sesuai buat diri anda & keluarga? Atau mahu menjana income 4,5,6 angka dari rumah (atau dari mana2 jua)? 

Hubungi saya: 
Puan Anisah Hussin
mobile: +60126635900



2 thoughts on “Catitan Buat Diriku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *