Happy Birthday Sayang… Maafkan Ibu…..

By | March 19, 2017

Di saat menulis entry ini, ibu sedang memangku adik yang demam.. Rasa sangat bersalah pada adik sebab ibu dah lama skip bagi adik makan suplemen.. Maafkan ibu dik… Ibu terlalu mementingkan diri sendiri, sehingga abaikan kesihatan adik.. Dalam masa seminggu ni, dah 2x adik demam… Walhal selama ni adik memang jarang2 skali demam…..

Ibu memang plan balik kejap je kat kampung, sebab nak jenguk Atok & Uwan.. Sambil2 tu dapat pergi Magic Workshop sama2 dengan Mak Tih…. Takde la adik & abang Haziq boring kat sana sebab ada abang Aiman & Kak Syafiqah anak2 Mak Tih… Sebab tu ibu tak bawak skali Mealshakes untuk anak2 ibu… ESP ibu pon ibu tinggalkan, sebab ingat nak balik weekend je… Ibu tau adik penat menyusu sebab bila ibu tak makan ESP.. Bole nampak adik nyonyot kuat dari biasa, sampai ibu pon terasa sakit.. Tak sangka pulak melarat lama sampai ayah balik… Ibu happy tengok anak2 ibu ceria main2 dengan Atok, Uwan & family kita yang lain di kampung.. Kat rumah kita anak2 ibu termenung bila hari malam, sebab kebiasaannya malam2 ayah ada… Bila ayah mengejut kena ke offshore, tak sempat ibu nak prepare mental anak2 ibu… Tak sempat nak prepare mental ibu sendiri… Tambahan pulak taman perumahan kita sedang dilanda demam denggi… Semua tu buat ibu malas nak balik rumah kita cepat2….. Maafkan ibu sayang…..

Omega guard favourite adik & abang pon dah habis… Baru semalam stok sampai… Vitamin C Chewable pulak kehabisan stok seluruh Malaysia, ada 1 botol je kat ibu… Ibu tak bukak untuk anak2 ibu sebab ada orang nak beli… Ibu mementingkan keperluan anak2 klien ibu, sampaikan takde stok untuk anak2 ibu sendiri!! Maafkan ibu nak……

Mujur adik bertahan dengan NutriFeron… Sekotak tu tahan lama betul kan sayang.. Sebab anak2 ibu jarang2 sakit, bila sakit je baru ibu bagi… Adik memang sempoi tuang terus je sachet tu dalam mulut hehe…. Performance Drink pon bantu kurangkan suhu badan adik.. Ibu campur dengan air sirap, adik suka rasa sirap oren jadinya… Ibu suka tengok adik senyum, ibu teruja tengok adik ketawa… Cepat2 sembuh wahai anak ibu yang banyak akal!!

Happy 2nd Birthday Muhammad Hadif Bin Mohd Hanif 🙂

XOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXO
Ibu
7/11/13
2am

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *