Duit… Duit… Duit!!!

By | March 19, 2017

wahhh mata duitan…. dasat2~

apa nak buat.. memang duit penting kan?? pasal duit semua bole jadi tak tentu hala, betul tak?? makin hari saya makin nampak kepentingan duit ni walaupun saya tak pernah kejar duit pon. tak percaya?? sudah lahhh… ada aku kesah?? hihihi

sejak bisnes ni memang mata hati & minda saya terbuka seluas2nya. macam2 permasalahan dunia yang selama ni saya tak ambil kisah datang menyerah diri kat saya. dari tak hirau jadi alert! iyerlah… dah bertahun2 dok umah jaga anak2 je, fb pon dulu dok godek2 guna hp & acc fb hubby… malas ambil tau hal orang lain apatah lagi masalah macam2 kat dunia ni. mana tak jadi katak bawah tempurung!!
kikiki

rezeki Allah bagi: alhamdulillah saya maju & laju dalam shaklee. orang lain nampak mudah je perjalanan saya, tapi Allah je tau betapa saya betul2 keluar dari comfort zone. cabar diri sendiri buat benda2 yang tak pernah saya buat sebelum ni >>> blog ni salah satu antaranya la hehe… dulu takde sape pon baca blog saya. sekarang alhamdulillah hits makin meningkat dari hari ke hari. walhal saya bukan rajin update pon hihi… tak sampai setahun pon lagi saya buat blog ni, start blogging lepas beberapa bulan bisnes sebab BUTA IT!! semua pon xtau hahaha… BELAJARLAH KAN?? apa susah…. nak ke taknak je~

bila bonus makin besar, makin ramai lah yang nak dekat kan… sampaikan semalam saya betul2 terkejut bila dapat missed call berkali2 dari bekas guru saya kat sekolah dulu. saya ni nama je bisnes, tapi telefon memang bersepah kadang2 tu. banyak kerja dok umah ok, dengan bisnes lagi dengan kerja rumah lagi dengan anak2 lagi >> NO ME TIME. but i love it! best tau gado2 ngan anak2 sendiri hihihi. sangat best compared to tinggalkan anak2 pergi kerja pastu balik kerja dah penat nak layan anak pon tak larat dah…

tengok2 telefon dah banyak missed calls, saya call la balik ingatkan apa la halnya. yelah dah hampir 15tahun saya tinggalkan sekolah, tup2 cikgu call berkali2 saya pon wonder la jugak… mula2 cikgu tanya pasal bisnes.. hebat bisnes sekarang katanya. alhamdulillah…. tu je la saya jawab, yela nak kata apa lagi? cikgu kata dia tengah jumpa orang, nanti dia call saya semula. ok takpe saya tak ambil pusing pon…

lepas 1 jam cikgu call semula. NAK PINJAM DUIT rupanya, bukan sikit2 tapi 5 ANGKA!! (wallaweh penat2 aku kerja keras dapat bonus 5 angka… kot ye pon agak2 laa…) terkedu tak tau nak jawab apa. hormat ok kat cikgu walaupun dah lama tak contact. masalah along rupanya sampai nak gadai tanah, rumah bagai!! nak urgent pulak tu. saya jawab kena discuss ngan hubby dulu. bila saya nak tanya detail lebih sket, cikgu terus hang up. ingatkan tak jadi nak pinjam ke apa… lepas 1 jam, dapat sms pulak tanya berapa bole bagi?? tekujat den… tak sompat nak discuss weh… tunggu hubby balik kami discuss ye cikgu. tu je la bole saya jawab. memang that’s the truth. apa2 hal kami memang bincang sama2 – musyawwarah la baru harmoni rumahtangga.

pukul 9pm dapat sms lagi (hubby balik lewat). memang terdesak sungguh cikgu nih.. kami selidik dan dapat tau cikgu ni memang dah bertahun2 ada problem along. dengan saya dia kata nak setelkan problem abang dia pinjam along. kami selidik dapat cerita versi lain pulak. dia kena kejar along sebab berhutang nak setelkan hutang abang dia. mana satu betul tak taulah. wallahu’alam~ kes gali lubang kambus lubang, gali lubang kambus lubang lah kot. kalau tak takkan la melarat sampai bertahun2 kan??

insyaAllah saya niat nak bantu cikgu ni & mengenangkan jasa beliau pada kami (oh ye saya & hubby schoolmate dulu tapi kat sekolah takde apa2 okeh. blaja dulu hehe) maka saya sumbangkan sedikit jumlah ikut kemampuan saya. sms terakhir kami terima sebelum saya masukkan duit tu, cikgu cakap terima kasih & minta maaf ganggu saya & suami. kesian kat cikgu ni memang betul2 terdesak agaknya.

point saya??

bantu saya untuk membantu anda….

pelik tetapi benar! itulah perasaan yang saya rasa sekarang…

saya sangat teringin membantu anda di luar sana yang sedang menghadapi kemelut dan dilema kehidupan:

1) dihimpit kos sara hidup yang tinggi
2) tiada pilihan untuk menjaga anak2 di depan mata kerana terpaksa keluar bekerja
3) terpaksa bekerja makan gaji dengan gaji yang kurang dari RM2K sebulan disebabkan tiada kelayakan yang bersesuaian
4) terpaksa meneruskan kehidupan bekerja walaupun terpaksa duduk berjauhan dengan suami
5) tidak mampu memiliki rumah sendiri kerana kurang berkemampuan ditambah dgn harga rumah yang melampaui batas
6) dihimpit beban HUTANG yang tinggi sejurus selesai pengajian (pinjaman PTPTN/kereta/rumah sewa/duit belanja ibu ayah di kampung)

dan banyak lagi kemelut yang dihadapi oleh generasi muda masa kini i.e sahabat2 yang seusia atau lebih muda dr saya. orang veteran pon banyak hutang, zaman kita lebih mencabar!! zaman anak2 kita nanti apatah lagi.

keputusan kita sekarang akan menentukan hala tuju kita 2, 5, 10, 20, 30 tahun akan datang!! bertindak sekarang dan tentukan masa depan anak2 kita. kerana itu, sahabat2… saya ingin membantu anda. sungguh! kalau sekarang saya mampu untuk bekerja dari rumah, kalau sekarang saya ada pilihan untuk mendidik anak2 saya di depan mata, kalau sekarang saya sudah mempunyai pendapatan yang stabil 5 angka, takkan saya ingin merasainya seorang diri?? adilkah saya bila melihat rakan2 saya masih tiada pendapatan yang cukup untuk menampung kehidupan mereka, sedangkan saya tahu masih ada pilihan buat mereka untuk keluar dari kemelut ini??

golongan pelajar pon sudah mula merasa bonus 4angka dengan bisnes shaklee, tak perlu risau nak cari kerja & stress dengan gaji tak seberapa sementelahan bagi fresh graduate. gaji naik pon ciput je tiap2 tahun. jika anda benar2 fokus & usaha menurut sistem yang mentor2 dah sediakan, insyaAllah financial freedom bakal menjadi milik anda dalam masa 3-5tahun sahaja! bayangkan kalau fresh graduate age 22, by age 27 dah bole pencen dengan saving bertingkek2!! best kan??

so help me to help you.. mungkin inilah cara terbaik saya untuk membantu membangunkan ummah, menyentuh lebih banyak kehidupan… tak mampu nak jadi macam arwah Ahmad Ammar, tapi saya berazam untuk mendidik anak2 yang hebat seperti arwah!! insyaALLAH.

Jika anda rasa entri ini bagus, dan memberi inspirasi kepada orang lain. Mohon anda tekan LIKE Button Di Bawah

Ingin mencari suplemen yang sesuai buat diri anda & keluarga? Atau mahu menjana income 4,5,6 angka dari rumah (atau dari mana2 jua)? 

Hubungi saya: 
Puan Anisah Hussin
mobile: +60126635900

2 thoughts on “Duit… Duit… Duit!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *