My Push Factor

By | March 19, 2017

entry ini saya tulis bagi menjawab pertanyaan yang sudah berulangkali ditanya pada saya. ramai betul yang bertanya kenapa saya suka sangat bisnes shaklee? saya nak kategorikan jawapan saya pada 5 faktor utama:

1. kerana agamaku

SEBELUM BISNES SHAKLEE

sepanjang hayat saya bole dikatakan solat tahajud bukanlah amalan harian, mingguan hatta bulanan sekalipun. jarang2 skali saya ‘kuat’ nak bangun tengah malam. dhuha pon sangat2 kurang, zikir pon celop2 sahaja. cuma mungkin zakat, infaq & sedekah tu memang diamalkan sekadar kemampuan saya. fulltime housewife, setakat manalah sangat kemampuan kan…

SELEPAS BISNES SHAKLEE

alhamdulillah…
amalan2 rohani memang sangat2 ditekankan dalam group kami. ada amalan2 tertentu yang menjadi ‘pelaris’ dan menguatkan magnet diri kami sebagai SID yang beretika & bertauliah. tiada paksaan dalam memilih amalan yang kami selesa, cuma perlu istiqamah sahaja. amalan yang sedikit tapi berterusan adalah lebih baik dari amalan yang banyak tapi sekali sekala sahaja. zakat, infaq dan sedekah juga dapat ditingkatkan jumlahnya. syukur~

2. kerana ibu bapaku

SEBELUM BISNES SHAKLEE

selepas graduate (BSc Hons, Pure Chemistry) saya sempat bekerja selama lebih kurang 2 tahun. setiap bulan memang tak miss saving gaji di bank & setelkan bayaran2 lain sebelum gunakan duit gaji untuk keperluan lain. alhamdulillah saya berjaya kumpul duit yang cukup untuk membeli kereta sendiri selepas hanya 4 bulan bekerja. prinsip saya: SIMPAN DULU, KEMUDIAN BELANJA. save, then spend =)

dengan gaji bersih ditambah elaun berjumlah RM3000+ sebulan, bole dikatakan gaji saya ketika itu agak besar (tahun 2007). alhamdulillah dapat menghulurkan duit bulan RMXXX seorang pada mak & ayah saya. 27 Mei 2007 tarikh saya mendirikan rumahtangga bersama suami tercinta. kerja saya yang tak tentu masa (deal with London clients, ikut masa sana), environment di office yang menjejaskan kesihatan (bos saya suka smoking dalam air conditioned office, saya batuk tak baik2 selama berbulan2) ditambah dengan tugas suami yang memerlukan beliau bekerja di terengganu selama 6 bulan (weekends yang tak sama KL-TRG) membuatkan saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja. solat istikharah dulu sebelum submit resignation letter.

rezeki kami awal, saya disahkan mengandung selepas 1 bulan+ kami mendirikan rumahtangga. menjelang tempoh 6 bulan tamat & suami berpindah ke Bangi saya bukan dalam keadaan yang sesuai untuk kembali bekerja. selepas bersalin, banyak betul kes2 bayi tersedak susu, jatuh di nursery etc2 yang membuatkan saya tak sedap hati nak kembali bekerja. sukar nak bagi kepercayaan pada orang lain menjaga anak yang masih terlalu kecil, saya sering menangis memikirkan pilihan yang saya ada masa tu. akhirnya saya memilih anak saya. saya cuba juga bisnes macam2. jual batik terengganu, jual perfume, malahan saya berusaha menduduki peperiksaan yang melayakkan saya menjadi agen PUBLIC MUTUAL dan WAKIL TAKAFUL.

tapi mungkin tak kena dengan minat saya. unit trust dan takaful kedua2nya memerlukan saya meninggalkan anak jika ingin benar2 berjaya dalam bidang ini. wajib attend course nak maintain license, tak boleh bawa anak ke course. bak kata suami masa tu; kalau kena tinggal anak baik kerja office je, gaji tetap bulan2 tak payah pening kepala cari klien. sepanjang tempoh ni (hampir 6 tahun), saya hanya mampu memberikan mak & ayah RMXX sebulan untuk setiap orang. time raya je saya bagi lebih RMXXX seorang.

SELEPAS BISNES SHAKLEE

alhamdulillah…
bonus shaklee pertama saya berjumlah 3 angka. kebetulan saya menemani suami bekerja di US, bisnes online 100% dari sana selama 3 bulan berturut2. bulan kedua saya terus break as NEW LEADER, bermakna bonus 4 angka dalam tangan. berbunga2 hati saya belikan souvenir handbag & wallet berjenama COACH untuk mak ayah dan mak ayah mertua masa tu. tahun 2010, pertama kali kami ke US balik bawak souvenir baju & fridge magnets je. memang tu je kemampuan kami.

sejak dari tu bonus saya stabil 4 angka dan meningkat setiap bulan. pemberian duit belanja pada mak ayah dapat saya naikkan semula ke RMXXX sebulan. mak macam biasa menolak pada mulanya, simpanlah saya tak kerja katanya. tapi lepas saya terangkan bisnes saya makin maju, mak tolong doakan kejayaan saya dunia akhirat etc2; mak terima jugak duit tu. produk2 shaklee pon saya sponsor untuk mak ayah, apalah sangat duit tu kalau nak dibandingkan dengan jasa & pengorbanan mereka. raya baru2 ni, buat pertama kali saya hulurkan sampul raya yang berisi RMXXXX seorang pada kedua mak ayah saya – suatu perkara yang saya tak pernah terfikir setahun dulu. walaupun wang bukanlah pengukur kasih sayang, semua benda pon perlukan duit sekarang kan? memang satu kepuasan bila dapat beri lebih pada mak ayah sekarang. alhamdulillah =)

3. kerana anak2 kandungku

SEBELUM BISNES SHAKLEE

haziq kecik2 dulu memang jarang2 kami belikan mainan, kalau ada pon yang murah2 je. percaya tak kalau saya cakap mainan utama haziq dulu ialah senduk, pinggan & mangkuk plastik di rumah kami? pernah sekali lebih kurang 3 tahun dulu, kami beraya di rumah officemate suami. mainan anaknya ialah ipod kot masa tu, memang haziq leka nak main sama. nak dijadikan cerita anak kawan tu bad mood pulak, taknak share mainan.. biasa la budak2, menangis. saya ni memang takkan pujuk anak2 dengan kata2 “nanti kita beli” kecuali kalau saya benar2 maksudkan akan beli bendalah tu. tak baik menipu anak sendiri walau dalam apa jua keadaan, ni sunnah rasulullah saw yang seboleh2nya saya pegang.

saya masih ingat sampai sekarang, isteri pada kawan suami saya ni cakap “eh kedekutnya tu pon taknak beli”. berdengung rasanya telinga saya masa tu, dalam hati saya nak balas “kau suami isteri bekerja, apa kau tau??”. tapi yang keluar hanya senyum tawar.. gaji suami sorang nak tampung perbelanjaan keluarga, bayar rumah sendiri yang dalam pembinaan, rumah sewa, bayar kereta, makan minum, takaful bulanan etc2.. memang tak banyak yang berbaki. takkan taknak bagi duit pada mak ayah mertua? anak lelaki, kerja engineer takkan tak mampu nak bagi mak ayah duit belanja? masa haziq kecik dulu, gaji suami pon kecik jugak. sekarang makin bertambah, tapi anak bertambah & tanggungan pon bertambah. taraf hidup meningkat, minyak naik, inflasi etc2. pi mai pi mai tang tu gak hehe

SELEPAS BISNES SHAKLEE

alhamdulillah…
banyak rasa lega lepas bonus stabil 4 angka setiap bulan. keperluan & kemahuan anak2 sedikit sebanyak dapat kami penuhi. seronok melihat anak2 belajar sambil bermain. walaupun kadangkala senduk, pinggan & mangkuk masih menjadi pilihan anak2; sekurang2nya banyak pilihan lain yang dapat kami sediakan. senyuman dan gelak tawa anak2 sungguh benar2 membahagiakan =)

4. kerana anak2 bisnesku

SEBELUM BISNES SHAKLEE

rasa macam katak bawah tempurung. kawan2 sendiri takde, harapkan kawan2 suami je. facebook saya memang jadi tak aktif, selalunya online guna hp & fb suami. hp sendiri asal bole call & sms cukuplah. tak payah ada internet, tambah belanja je. wifi ke apa semua tak reti. yang saya tau; hubby pass hp dia, saya guna. dari fb suami ni la sebenarnya saya mula tau pasal shaklee, tapi biasala skeptical sebab MLM kan.. GAM takaful saya memang hentam kaw2 bisnes MLM, sampaikan saya dah mindset yang bisnes MLM ni kaya sekejap je. jahil masa tu, minda saya tertutup. tiap2 hari saya bangun buat benda sama je, takde matlamat sungguh rasanya masa tu.

SELEPAS BISNES SHAKLEE

alhamdulillah…
ukhuwah group kami memang benar2 kuat. walaupun hanya secara online, rasa sangat rapat antara satu sama lain. saling bantu membantu nak sama2 berjaya. ni bagi yang serius nak bisnes jela. sebab ramai juga yang join jadi ahli tapi makan sendiri jadi takdela aktif di group sekaligus memang tak rapat la kan. yang paling best, group kami ni takde paksaan. sape nak, usaha & buat apa yang leader ajar. kalau taknak takpe, terpulang pilihan masing2. dalam apa jua hal skalipon, kalau kita dipaksa takkan bertahan lama. diri sendiri kena MAHU, barulah leader bole tolong guide ke arah kejayaan. yang pasti, jika betul2 ikut nasihat & tunjuk ajar leader; bonus PASTI STABIL & MENINGKAT SETIAP BULAN. bisnes shaklee group kami flexible, buatlah ikut cara sendiri. cuma ada guideline tertentu yang wajib diamalkan jika ingin berjaya. free online & offline coaching provided. nak join, bole join. taknak join, takyah join. TIADA PAKSAAN.

5. kerana kami

SEBELUM BISNES SHAKLEE

jarang2 dapat saya belanja suami sendiri, yelah takde income. suami pon memang tak pernah mintak. saya sendiri bukan jenis yang suka mintak macam2. duit yang ada tu lebih baik simpan buat saving for future or emergency. bercuti ke apa ke kebetulan kalau suami outstation dapatlah kami berjalan2 sket. orang tengok kami happy sokmo, memanglah takde apa yang sampai tak cukup makan ke apa. syukur semua serba serbi cukup. tapi setakat cukup jelah, takde lebih. syukur apa yang ada.

SELEPAS BISNES SHAKLEE

alhamdulillah…
dah bole spend for leisure kadang2. takdela saya berkira sangat macam dulu. kalau suami teringin nak beli apa2 kira2 saya pendek sket berbanding dulu sebab saya dah ada extra income untuk keluarga kami. kalau dulu suami nak beli gadjet ke apa, panjanglah kira2 saya. bukan kedekut, tapi nak pastikan itu adalah keperluan & bukannya kemahuan semata2. sekarang pon masih ada berkira2 juga, rezeki yang Allah bagi bukan untuk dibazirkan begitu sahaja. ada hak orang lain yang lebih memerlukan dalam rezeki kita.

masa ke US tahun 2010, kami kurang berjalan2 sebab duit cukup2 untuk belanja makan & tiket flight. tahun lepas kami ke US, saya dah dapat bonus beberapa bulan juga masa kami di sana. memang saya pulak yang bertanya setiap kali weekend tiba, nak jalan ke mana? rugi rasanya tak gunakan peluang yang ada nak explore tempat orang. jauh perjalanan, luas pengalaman. memang best pegi oversea ni, dengan syarat duit pon kena best la hehe. tiap2 tahun shaklee ada provide free trip to overseas for successful leaders. tapi kali ni rasanya saya nak pilih pakej umrah for muslim leaders dulu kalau ada rezki =)

silapkah keputusan saya serius bisnes shaklee? saya berani menjawab TIDAK SILAP, malahan mungkin antara keputusan terbaik pernah saya buat seumur hidup. saya bisnes secara halal, bantu orang lebih sihat dengan produk yang dijamin HALAL, SELAMAT, SEMULAJADI & BERKESAN. berniaga merupakan salah satu sunnah rasulullah. kenapa MALU NAK BERNIAGA?? 9/10 rezki adalah dari perniagaan. shaklee sudah stabil sejak tahun 1956, MLM tertua di dunia & masih kekal malahan semakin berkembang hingga sekarang dan masa akan datang insyaAllah. belum pon setahun saya bisnes, income saya kini melebihi gaji saya ketika bekerja dahulu. alhamdulillah =)

dan saya yakin, banyak kehidupan yang dapat saya sentuh dengan PELUANG BESAR yang diberi… saya ingin:

^ menunaikan impian kaum hawa untuk mereka mencari jalan menjana pendapatan di rumah
^ para ibu tersenyum apabila tidak lagi risau akan keselamatan anak2 yang ditinggalkan dgn pembantu, nursery dsb
^ melihat lebih banyak muka yang tenang kerana tidak perlu menempuh jam, atau meninggalkan keluarga berminggu2 demi mencari sesuap rezeki
^ membantu mereka yang memerlukan!!

maaf.. saya tidak mampu merealisasikan semua ini tanpa SEBUAH KUNCI…

kuncinya adalah…

YOURSELF!! DIRI ANDA!!

kalau anda sendiri tidak berusaha untuk keluar dari permasalahan hidup anda, jangan terlalu banyak merungut, mengeluh, komplen dsb.

NOW YOU DECIDE!!

** entry ini ditujukan khas untuk mereka yang memerlukan jalan keluar dari masalah hidup. Andainya anda sudah selesa dgn kehidupan anda, jangan bimbang. anda tidak perlu terasa hati dgn coretan saya ini.

“Ya Allah, letakkanlah akhirat di hatiku dan letakkanlah dunia di tanganku…”

Ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka dari rumah? Jangan bertangguh lagi!! FAST ACTION, FAST RESULT!!

help me to help you;
Anisah Hussin
012-6635900

One thought on “My Push Factor

  1. maisarah embong

    bila baca cerita sis yg sebelum join shaklee, sama macam apa yg saya tengah alami sekarang, cuma bezanya sy dah join shaklee sebulan lepas..income blm ada,.huhu..skrang tgh cuba baiki amal, baiki diri, positifkan diri n sume2 yang dlm group ajar kan…mmg perit nak bejaya, tp sy akan cuba demi Agama diri dan keluarga insyaAllah….ameennn

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *