Tips Membeli Daging Lembu Segar Di Pasar

By | March 19, 2017

Sharing berguna dari saudara Sharul Nizam Khosim.. Jom sama2 apply lepas ni, selalunya mungkin kita terlepas pandang.. Beliau seorang tokey lembu =)

Terdetik untuk berkongsi sedikit tips semasa membeli daging segar di pasar sebagai makluman dan panduan kita semua. 

Sekiranya tuan/puan ke pasar utk membeli daging lembu segar, saya nasihatkan agar tuan/puan memilih daging yang masih tergantung (selalunya daging pada bahagian paha lembu) untuk ditimbang. 



Seboleh2nya cuba elakkan daripada memilih daging di atas meja yang rata2nya akan nampak lebih ‘fresh’ dan merah daripada daging yg tergantung di tempat gantung daging tersebut.

Ini kerana, selalunya peniaga daging (tak semua) akan mencampurkan daging tersebut dengan daging kotak (daging import) yg harganya jauh lebih murah dan tidak sesegar seperti yg kita sangkakan bagi mendapatkan untung lebih.

Taktik yg selalu digunakan ialah seperti berikut:

Contoh:- Pesanan utk 1 kilo daging.

Peniaga tersebut akan memotong sebahagian kecil daging yg kita minta dari daging paha (fresh) yg tergantung tadi dan kemudiannya ditimbang. Anggaran berat daging tersebut dalam 600-700g. Kemudian beliau akan mengambil daging yg berada diatas meja pula utk dicampurkan dgn daging tadi utk mencukupkan jumlah timbangan 1 kilo.

Ada juga terdapat taktik menggantungkan sekali ‘daging kotak’ bersama2 daging segar. Utk mengesan taktik ini, kita boleh lihat daging kotak biasanya akan kelihatan lebih merah dan menarik serta ianya tidak melekat pada tulang (tulang paha atau rusuk lembu).

Untuk mengaburi mata pelanggan, biasanya daging kotak ini akan direndam di dalam darah lembu yg telah disembelih bagi menaikkan warna merah pada daging tersebut.


Harga yg kita bayar utk 1 kilo daging fresh adalah dalam lingkungan RM22-25. Sedangkan kita hanya dapat 600-700g saja daging segar tersebut.

Manakala harga bagi ‘daging kotak’ tadi hanya sekitar RM12-15 sekilo (ada yg lagi murah) dan kita telah membayar pada harga premium utk 300-400g daging tersebut.

Harap ianya dapat membantu. ~ Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak! 


One thought on “Tips Membeli Daging Lembu Segar Di Pasar

  1. Anonymous

    lebih kepada tips elak ditipu je.. xde ke tips yg ajar btol2 pasal kenal daging?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *