Independence Day – July 4th

By | March 19, 2017
Kebiasaannya bila cuti aku akan keluar berjalan ‘shopping’. Shopping dlm istilah mengisi masa yang terluang kerana duduk sorang di perantauan J. Kalo duduk kat hotel tak jalan2, mesti aku termenung kejap..apa yg isteriku tgh buat, haziq dan tuan kecik(panggilan untuk adik) buat apa..gaduh2 lagi ker dan sebagainya, haha. 

Kalo shopping pulak barang yg aku suka shopping barang anak2. Mainan mereka, baju mereka, dan baju untuk bakal anak kalo ade rezeki kemudian hari  J. Rasanya dah penuh satu katil ‘master’ kalo susun..mmg dasyat jugak kalo aku shopping sorang2 ni. barang sendiri pakai mmg jarang aku beli sebab beli tgk harga asyik tak jadi beli sebab harga barang yg sendiri pakai aku bole beli 2-3 barang untuk anak2.  Cukup rasanya topic shopping ni dlu, nanti de masa aku tulis entry yg lain plak, hehe.




antara baju budak2 yang aku beli.. yang pink ni stand by kalau ada rezki dapat baby girl haha
Ok, pada pagi cuti hari kemerdekaan US tu aku turun bawah macam biasa tuk keluar shopping. On the way ke parking kereta tu nampakla ade perarakan hari kemerdekaan dorang depan hotel. Aku pn turut serta join dorang nak tgk apa yg menarik. Memang sempoi je sambutan untuk kawasan tempat yg aku duduk ni. para peserta pn ade yg menolak stroller dalam perarakan. walaupun acara yg bersahaja, penduduk tempatan keluar beramai2 untuk menyambut hari kemerdekaan ini. Mereka turuk bersorak memberikan semangat kepada para peserta. Bemacam2 ragam yang ade hinggakan tarian naga pun turut serta dalam perarakan ini.

Menghadiri sambutan hari kemerdekaan di Negara orang membuatkan aku terfikir tentang sambutan kemerdekaan Negara tercinta. Kalo diikutkan perkiraan sudah lama diriku tidak hadir dalam sambutan sebegini semenjak sekolah menengah J. Mungkin kerana lebih selesa berada di rumah daripada berdiri bersesak2 dalam sambutan kemerdekaan. Atau lebih selesa berada di rumah, daripada melihat anak2ku menangis membuatkan aku tidak keruan, haha. Namun setelah hadir pada sambutan kemerdekaan di Negara orang ini perasaan ingin hadir dalam sambutan kemerdekaan kembali. insya-Allah, akan aku bawa keluargaku pergi ke tapak sambutan kemerdekaan Negara tercinta pada tahun ini. Menyambut kemerdekaan bersama keluarga tentunya lebih meriah pada tahun ini!  




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *