Sayangilah Dirimu.. Kerana Dirimu Begitu Berharga..

By | March 19, 2017
Entry ni adalah status fb saya pada 30 Mei 2013.. Sengaja saya abadikan di blog untuk tatapan & peringatan buat diri sendiri dan rakan2.. Semoga bermanfaat..
=====================================

berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul~

smlm saya dikejutkan berita ex schoolmate masuk wad tiba2, sampai kena MRI segala.. dapat tau dari fb wife kawan saya tu.. setiap kali saya dapat berita begini, perkara pertama yang terlintas di fikiran saya ‘kasihan.. berat sungguh dugaan, jauhkanlah perkara begini dariku Ya Allah’..

kuasa Allah yang mengizinkan terjadinya segala sesuatu, ada hikmah di sebalik setiap hal.. namun saya tak dapat tidak terkenang kisah arwah Ustaz Asri Rabbani.. kes paling muda pernah saya jumpa; suami meninggal dalam tidur, muda lagi baru 27tahun masa kejadian berlaku.. isterinya pula suri rumah seperti saya, dengan anak2 kecil.. innalillah~


MEN’S HEALTH SET

kalau saya ditimpa musibah sebegitu, adakah saya kuat untuk terus melangkah? saya benar2 TIDAK TAHU.. tapi saya yakin Allah tidak menguji hambaNya melebihi kemampuan.. semalam saya tenung wajah suami tercinta ketika beliau tidur.. tambahan pula suami akan ke US selama 2bln ahad ni.. mujur suami saya ambil berat bab kesihatan.. 2 malam lepas, selamat saya packing stok shaklee untuk suami tersayang bawa bekalan ke sana.. TIADA PAKSAAN, suami saya memang mengamalkan shaklee sebab dah rasa sendiri beza makan suplemen/tak.. dengan syarat; KONSISTEN..

petang tadi dapat khabar gembira; kawan saya selamat tiada apa2.. cuma perlu menjaga kesihatan dengan lebih baik selepas ini.. hampir menangis gembira saya membaca status fb tu.. sebab saya boleh bayangkan kelegaan di hati isterinya.. Allah berikan mereka peluang kedua.. alhamdulillah syukur~

tujuan post ini cuma untuk mengingatkan kawan2 & diri saya sendiri; sekelip mata saja Allah bole tarik nikmatNya.. sama2 kita berusaha memelihara nikmat kesihatan, kebahagiaan, kesenangan etc2 sebelum ia berakhir.. kita berusaha dan berdoa, selebihnya kita serahkan padaNya.. sesungguhnya Allah saja yang mengetahui hikmah di sebalik segala sesuatu..

seperti biasa rutin jumaat saya.. mohon maafkan segala salah silap kami sekeluarga, halalkan segalanya.. jika ada kami berhutang/janji yang tak ditunaikan disebabkan terlupa, mohon kawan2 hubungi kami.. kesalahan kawan2 sudah kami maafkan.. mari sama2 kita amalkan doa di bawah.. semoga segalanya dipermudahkan & diakhiri dengan penuh hikmah.. insyaAllah.. aameen~




Anisah Hussin (SID 907171)
012-6635900

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *