Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

By | May 22, 2013
Alhamdulillah semakin ramai para ibu yang mahu memberikan susu badan yang pastinya TERBAIK untuk bayi. Suatu kepuasan yang teramat bila dapat membantu menjayakan penyusuan terutamanya buat klien2 Shaklee saya. Namun begitu, ilmu yang bermanfaat sebaiknya dikongsi supaya kemaslahatan dapat sama2 kita rasai. Entry kali ni saya ingin kongsikan tips2 bagi menjayakan penyusuan. Bukanlah perkara mudah, sangat memerlukan kesabaran dan keazaman yang jitu. USAHA TANGGA KEJAYAAN.. in shaa Allah~

Bagi ibu2 yang masih di dalam pantang, adalah disarankan untuk membaca entry saya sebelum ini bagi memahami konsep dan keperluan susu ibu bagi bayi ketika dalam tempoh berpantang.

1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.  
  • Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu. 
  • Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.  
2. Jangan Tunggu Payudara Penuh

  • Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
  • Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. 
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara “kosong”), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
3. Minum banyak Air 
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

4.  Fikir Bayi Fikir Susu

  • Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
  • Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin…
5. Berdisiplin
Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali “ponteng” sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam… masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.
6. Tandem Pumping
Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.

7. Teknik Marmet

Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 – 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpt 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh…

8. Menyusu / Mengepam Lebih Lama

  • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya. 
  • Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
  • Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah
9. Penyusuan Malam 
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.
10. Urutan 
Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.
11. Pengambilan suplemen  
Dibolehkan tetapi pastikan ia daripada bahan SEMULAJADI yang tidak menyebabkan bayi mengalami kembung perut. Pilihan saya dan majoriti ibu2 semestinya Set 3in1 SHAKLEE. Bukan sahaja membantu menjayakan penyusuan, malahan pelbagai manfaat kesihatan dan kecantikan turut diperolehi dengan mengamalkan set ini secara konsisten.

Breastfeeding Demand – Supply Analogy
Just sharing this analogy about demand = supply in Breastfeeding.
Think of it this way. Our (.)(.) is the factory. Product is milk. If the product is always removed from the warehouse (reservoir), the factory keeps producing. Let’s say the warehouse is emptied every 3 hours, the Manager of the factory (our brain) will see that the product ‘laku/laris/hot item’ so will order factory to increase production because there’s demand for the product. So, within few days the factory will increase its output.
However, if we only empty the warehouse once it is full (engorged), the manager sees it as having lack of demand, so to avoid having too much surplus stock in the warehouse, the manager will order that production slows down. Hence, supply will reduce. And this cycle continues.
So mommies, even if you only yield 0.5 oz or less, please don’t allow your (.)(.) to exceed more than 4 hours without emptying it.
Remember more latching = more demand = more stimulation = more supply.
Power Pumping Methods

1. Pump 5-7min, massage 1-2min, and pump 5-7min: every 2 hours for 10 days consecutively.
2. Using a double pump while in office; Pump 10 min, rest 3-5 min, Pump 10min…Do this in 3 hours intervals at least 3 times during the office hour (if you can manage it); Eg of time – 10.30am; 1.30pm & 4.30pm. 1 to 2 weeks might be able to see the difference in volume =)

Anisah Hussin (SID 907171)
012-6635900

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Breastfeeding Help Links

Breastmilk Donor : Human Milk 4 Human Babies Malaysia
Breastfeeding Videos
Right Way to Bottlefeed a BF Baby
Video on How to use the Lactation Aid
Video on Marmet Hand Expression
Travelling & Transporting Breastmilk:
Medication safe for BF Mom’s
WHO Child Growth Standards
Kellysmom A-Z about breastfeeding issues
Jaundice in Breastfed baby
Burping Technic for Breastfed Baby
Penang Mother to Mother Peer Support
Malaysian Breastfeeding Peer Counsellor
World Alliance for Breastfeeding Action
“Gone But Never Forgotten Group” supports mommies who lost their child
Association for Breastfeeding Advocacy in Singapore


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *