Saya Takde Susu!

By | March 19, 2013

Salah Faham #1: Bayi kerap menangis, susu saya tak banyak, jadi saya terpaksa top up dengan formula..

Ibu – ibu yang dikasihi, ketahuilah, hakikat sebenar, saiz perut bayi semasa dalam pantang adalah sangat kecil. Hanya sebesar guli. Tubuh kita akan hasilkan susu berpadanan dengan size perut bayi sahaja.

Bayi kerap menangis bukan sebab kita tak cukup susu. Tapi ia menandakan susu kita sangat bagus. Susu ibu sangat MUDAH HADAM. Bila mudah hadam, bayi akan mudah kenyang. Bila cepat kenyang, bayi akan mudah cepat lapar semula. Bila lapar semula, bayi akan meminta susu semula.




IA BUKAN BERMAKNA SUSU ANDA SEDIKIT

Semasa dalam pantang, adalah sangat bagus jika bayi kerap hisap susu. Lagi kerap bayi hisap susu, lagi bagus stimulation terhadap payudara untuk menghasilkan banyak dan banyak susu.

Pengalaman saya sendiri semasa dalam pantang, bayi saya, bayi lelaki menyusu setiap 15- 30 minit, tak kira siang atau malam. Saya tak top-up langsung dengan formula milk. Saya amalkan Shaklee supplement untuk rasa bertenaga dan segar.

Walaupun bayi nampak tak kenyang di mata kasar kebanyakan orang, tapi bila pam, susu saya sangat banyak sampai terpaksa dibuang sebab tak cukup ruang peti sejuk.

Fahamilah, bukan susu anda sedikit, tapi ia adalah kerana perut bayi kecil, maka tubuh kita akan hasilkan susu ikut size perut bayi. Kalau nak tambah kuantiti susu, kerapkanlah menyusu bayi. Lagi kerap lagi bagus. Lagi lama lagi bagus. Dan fahamilah, kalau nak tambah kuantiti susu, pastikan bayi anda hisap dengan kerap. Hisapan bayi adalah much much better dari pam yang kita beli. 

Happy Breastfeeding! =)

Anisah Hussin (SID 907171)

012-6635900

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

credit: Breastfeeding Heaven
edited (8 Feb 2014)


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *